Setelah 5 tahun supply kueh mueh di Kilang Kereta Perodua di Sg Choh, baru=baru ini saya stop supplying kerana pertukaran vendor kantinnya. Sedih.... kerana walaupun letih bangun tengah malam menggoreng kueh=kueh......>>. di waktu orang lain sedang lena beradu<< kueh="kueh" style="font-style: italic;">Gembira......kerana tak payah bangun tengah malam menggoreng!!
Ini lah ketentuan Allah, kita sebagai hambanya harus bersyukur dengan kehendaknya.
Memandangkan saya sudah =free= dari menggoreng dan mengkukus kueh mueh so saya aktifkan balik bisnes kek saya yang selama 5 tahun ini ==digantung sementara== terima order bila ada kelapangan saja........ Jadi sekarang kenalah refresh balik dgn design baru.....insyaAllah. Inilah dikatakan "Rezeki ada di mana=mana" asalkan kita rajin melakukannya.
Masa saya terima message customer saya yang order kek blueberry ni, dia berpesan "kak nanti akak tambah blueberry tu banyak2 ya , hubby dgn my children suka filling tu". Ya lah kalau beli kat kedai dia kata sikit aje diaorang bubuh. So apalagi saya pun ikut la pesanan customer saya ni. Sampai tinggi kek ni, nasib baik boleh tutup kotak kek tu.
Carrot kek ni mizah jiran saya yang order. Diaorang memang suka carrot kek. Baru ni dia order 3 biji. Kata mizah untuk adik dan kakak iparnya, siap suruh tambah banyak "cheese". Carrot Cheese kek ni saya tak suka merias dgn tambahan coklat atau apa2 lagi kerana nanti rasa cream cheese tu tak original. Kalau ikutkan saya, just apply creamcheese tu pun dah cukup tapi takut pulak nanti mizah kata kosong aje, so saya riaskan dgn carrot kecil dari buttercream. So mizah........banyak tak cheesenya.



