Friday, August 28, 2009

Assalammualaikum....

Sudah dua tiga minggu saya tak update blog saya ni, coz sibuk buat biskut raya. Minggu ni lagi kena all out otherwise takut tak sempat memenuhi pemintaan. Tahun ni tempahan biskut boleh tahan juga walaupun dengan kemelesetan ekonomi sekarang. Dalam banyak-banyak biskut yang saya buat, biskut Jem Tart Buah Nenas,Tart Keju, Almond Square dan Semperit yang laris sangat....yang best tu ada yang order awal nak buat hamper raya. Terima kasih lah pada Su dan semua yang memberi sokongan pada product saya. Besok kerja menguli menunggu lagi......

Tempahan biskut akan ditutup pada minggu depan. Kalau ada sesiapa yang nak membuat tempahan biskut raya boleh lah call saya kat no 0193310397(ita)







Thursday, August 13, 2009

Semalam hari yang cukup sibuk sampai pukul 1.oo pagi baru tidur kerana nak mwnyiapkan kek ini dan tempahan biskut. Kek coklat ni kawan suami saya yang order. Kek coklat ini tak guna koko powder tapi guna coklat masakan saja. rasanya cukup sedap...kalau nak cuba silalah order ya...

email saya kat ">pprozie@yahoo.com atau tel 0193310397

Maaf la gambar kurang terang kerana tak perasan bateri kamera dah nak habis.




Monday, August 10, 2009

>>Kek carrot dengan Krim Keju<<

Semalam dapat tempahan Kek Carot dari cik gu sekolah anak. She tak mention pun for birthday atau for makan-makan saja, so saya pun buat simple one untuk cik gu ni.




Tuesday, August 4, 2009

da cuppiez~









>>Malaysian Food Column<<


Masak Lemak Nenas dgan Ikan Terubuk Masin


1 Biji Nenas - dibuang kulit dan dihiris nipis-nipis
1 ekor Ikan Terubuk Masin - dipotong-potong sebesar dua jari
15-20 biji Cili Api
2 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih - jgn bubuh banyak nanti tak ada bau asli ikan masin
1 1/2 biji kelapa - ambil pati santan semangkuk selebihnya ambil santan cair.
sedikit serbuk kunyit

Cara memasaknya :

1. Mesin halus Cili Api, Bawang Merah dan Bawang Putih
2. Masukkan kedalam periuk dan masukkan nenas dan serbuk kunyit.
Rebuskan dengan 1/2 cawan air sehingga air kering.
3. Masukkan santan cair dan ikan terubuk masin. Masak sebentar
sehingga ikan Terubuk masin itu masak baru masukkan pati santan.
Biar sebentar baru diangkat.






Friday, July 31, 2009

>>Chocolate Moist cake ordered by Stella


Monday, July 20, 2009

Chocolate sponge kek untuk harijadi Farah Alia.








Semenjak dua minggu ini saya sibuk distribute sample biskut raya. Tak sangka anak saya yang kecik pun teringin nak menjual biskut raya. Mira minta saya beri dia satu sample Kad biskut raya untuk dia tunjukkan pada Ustazahnya. Siap dia beritahu nama Ustazah tu ...Ustazah Wan dan dia suka sangat dengan Ustazah sebab Ustazah Wan baik. Setelah 4 hari, masa saya ambil dia dari sekolah, dengan gembiranya dia tunjukkan senarai ordernya kepada saya. Dia kata Ustazah dia nak minggu ini. Nampaknya anak saya yang kecil ini pun ada minat nak berniaga macam maknya.

Ini lah dia biskut yang dah disiapkan untuk Ustazah Wan.




Biskut coklat chip dan Biskut Kelapa Snow White

Sunday, July 19, 2009

Salam untuk semua

Selalunya buttercream yang dihias diatas cupcake memang sangat manis. Untuk mencantikkan hiasan atau decoration atas cupcake buttercreamnya perlu di lebihkan gula. Cikgu saya Lin>>> kata decorationnya kena nampak "sharp" baru cantik.

Tetapi pendapat saya pulak, jika buttercream itu terlalu manis, keinginan untuk makan lebih mungkin akan terhenti melainkan kalau kita seorang penggemar manis. So untuk cupcake yang saya buat, saya kurangkan gula dalam buttercream supaya rasanyanya tak terlalu manis untuk dimakan.

Bagi sesiapa yang nak order cupcake dari saya jangan lupa beritahu.... nak buttercream manis atau kurang manis. Maklum lah setengah orang suka manis setengah pulak suka kurang manis. Apa pendapat anda pula? Dibawah ini gambar=gambar cupcake yang diorder dari saya. Saya bukan Pro tau....cuma mencuba kebolehan yang diberi oleh Allah saja. Amin'



Cupcake Perasa Vanilla/Vanilla Flavour M size >> 16 pcs rm42.00



Cupcake Perasa Coklat/Chocolate Flavour M size >> rrm65.00<

Tuesday, July 14, 2009

>> Ayam Masak Lemak Cili Api<<



MALAYSIAN FOOD COLUMN

Ini masakan kegemaran anak-anak saya. Kalau masak masakan ni kena pedas baru diaorang suka...masak Lemak ni kalau di simpan besoknya kemudian dipanaskan lagi sedap mengancam.

So siapa nak cuba memasaknya cubalah senang je...This is also for my niece Sakinah Jan(in Australia) who loves to cook and try new recipes.

AYAM MASAK LEMAK CILI API (CHICKEN LEMAK CILI API)

1 ekor Ayam (potong 16 pcs)
1/2 kg Pati Santan
20 biji Cili Api (kalau nak kurang pedas kurangkan) )
2 ulas Bawang Merah ) ditumbuk atau di blender
2 ulas Bawang Putih ) halus
1/2 inci Kunyit Hidup (boleh juga guna serbuk kunyit))
1 batang Serai
1 helai Daun Kunyit
2 biji buah Tomato ( dipotong 4)
Sedikit Kacang Buncis

CARA-CARA MEMASAKNYA>>

1. Rebus bahan-bahan yang ditumbuk atau diblender halus tadi dgn ayam,dan sedikit
air saja. Jangan bubuh air terlalu banyak kerana ayam bila dimasak akan
mengeluarkan air juga.
2. Bila sudah sedikit kering airnya, masukkan serai dan kacang buncis. Masak
sebentar baru masukkan pati santan dan kunyit.
3. Bila sudah mendidih masukkan buah tomato. Perlahankan api dan biarkan sebentar.
Angkat dan hidangkan.

Monday, July 13, 2009


>>Dragon Fruit Trees <<



Have you seen this tree before? Aaa....whoever likes to eat dragon fruit this is the tree "Dragon Fruit Tree". I managed to capture this photo when I and my family went to Gerik ( in Perak) recently for my niece wedding.

This unique tree is resembles to cactus tree but it's more>> giant size>> than the cactus.You can see where the fruit grow through its thorns. According to the farm owner the tree they brought from China and planted here.

Tuesday, July 7, 2009

Wednesday, June 17, 2009

" awin & mira cupcakes"

Ini first time my daughter awin merias cupcake. My youngest Amira pun sama nak cuba. Mula2 takut tapi... bila dah tengok cupcake jadi cantik mula dah seronok pulak. Sememangnya menghias cupcake ni sungguh menyeronokkan `its really fun'


" Cuppies For Faizal"


Monday, June 8, 2009

"Cup cakes"


Teddy & Purple Hat


Variasi Cupcake

Birthday Hubby

Menu kat bawah ni saya masak untuk jamuan birthday suami saya. We celebrated among family saja. Untuk suami tercinta "Semoga panjang umurmu dan gembira selalu"



Kentang Putar


Coleslaw


s
Ayam Panggang Madu

Ini Ayam panggang madu, cara nak buat dia simple aje......tak susah....kalau pejam mata pun boleh buat. Kalau siapa=siapa nak buat resepinya macam kat bawah ni..

~>Ayam Panggang Madu<~

1 ekor ayam dibelah 4 ( dibersihkan dan dibasuh, kemudian toskan)
2 sudu besar madu ( kalau lebih nanti terasa manis)
4sudu besar butter
sedikit garam

Cara=caranya:

Lumurkan ayam denganbutter , madu dan sedikit garam, perapkan sebentar dalam 15 minit. Kemudian bakar dalam oven dgn kepanasan 180 c selama 45 atau 1 jam (ikut saiz ayam, kalau ayam besar lebihkan masa membakarnya)



Ayam panggang 'Black Pepp



Ayam panggang blackpepper ni, sedap rasanya. Cara nak buatnya sama macam ayam madu cuma tambahkan banyak black pepper untuk pedaskannya dan sedikit bawang putih yang ditumbuk halus. Gaul rata dan perapkan selama 1 jam ( lagi lama u perap lagi terasa blackpeper tu).



Friday, May 22, 2009

biSCuiT of tHe Day,,,


Salam semua...........

Tengok biskut yang comel=comel ni teringat akan bulan puasa yang akandisambut oleh kita semua pada 22 Ogos nanti. Tentulah tauke=tauke kuih raya tengah sibuk=sibuk membuat "sample biskut" mereka. Ya lah selalunya dua bulan atau sebulan sebelum puasa sample2 biskut dah masuk office=office kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah (untuk cikgu=cikgu sahaja tau...), dan kilang=kilang. Tahun ni rasanya nak buat jual biskut.

here are some biscuit i have tried last week


:: pinky rosemarry ::


=kacang rangup=


:: almond bar ::




::crunchie oat ::

:: sweet candies ::

Sesiapa yang nak order bisklut raya seperti gambar di atas email saya kat pprozie@yahoo.com atau call saya kat 0193310397
Senarai nama biskut lain yang akan dijual ialah
1. Biskut London Almond
2. Biskut marmar caries
3.Biskut Makmur
4. Biskut Semperit

"cakes time!!!

Salam semua.......

Sebenarnya saya suka sangat buat kek dan biskut, tak kisah la apa kek dan biskut pun. Seingat saya lah..... tak pernah sekali pun saya beli biskut bila hari raya. Kek pun sama...setiap kali birthday anak-anak dan suami saya buat sendiri.

Satu lagi kelemahan saya ialah buku=buku yang ada resepi kek dan biskut. Kalau jumpa aje saya sanggup beli. My husband pun dah tahu kalau pergi shopping>>> terjumpa lah kedai yang jual magazine, first thing saya akan cari buku masakan kek. Kalau my husband tak buat bising..... saya boleh berdiri kat situ berjam=jam membelek semua buku kek yang ada kat situ ( tak mampu nak beli kesemuanya ).


Kali ni saya tunjukkan gambar=gambar kek yang saya buat. Sesiapa yang nak order kek bolehlah email kepada saya= pprozie@yahoo.com atau telefon saya 019-3310397, Tapi beri lah 3 atau 4 hari in advance ya.




~> peachie cheese cake for sara's birthday<~
This cake got story behind it..... masa bawa balik kek ni my customer yati...terlanggar kucingnya yang berlari didepan dia, apalagi bergoyanglah kotak kek tu ditangan. Nasib baik tak terlepas kebawah. So at the end ...bila dibuka kotak tu... habislah bertaburan peaches kebawah. Tengoklah gambar yang dihantar oleh yati kat saya.......Tak apalah yati .......the look its not so bad....Nanti boleh order lagi tau.



~> moist chocolate cake


~> pandan layer cake~>



~> blackforest cake~>