Friday, August 28, 2009

Assalammualaikum....

Sudah dua tiga minggu saya tak update blog saya ni, coz sibuk buat biskut raya. Minggu ni lagi kena all out otherwise takut tak sempat memenuhi pemintaan. Tahun ni tempahan biskut boleh tahan juga walaupun dengan kemelesetan ekonomi sekarang. Dalam banyak-banyak biskut yang saya buat, biskut Jem Tart Buah Nenas,Tart Keju, Almond Square dan Semperit yang laris sangat....yang best tu ada yang order awal nak buat hamper raya. Terima kasih lah pada Su dan semua yang memberi sokongan pada product saya. Besok kerja menguli menunggu lagi......

Tempahan biskut akan ditutup pada minggu depan. Kalau ada sesiapa yang nak membuat tempahan biskut raya boleh lah call saya kat no 0193310397(ita)







Thursday, August 13, 2009

Semalam hari yang cukup sibuk sampai pukul 1.oo pagi baru tidur kerana nak mwnyiapkan kek ini dan tempahan biskut. Kek coklat ni kawan suami saya yang order. Kek coklat ini tak guna koko powder tapi guna coklat masakan saja. rasanya cukup sedap...kalau nak cuba silalah order ya...

email saya kat ">pprozie@yahoo.com atau tel 0193310397

Maaf la gambar kurang terang kerana tak perasan bateri kamera dah nak habis.




Monday, August 10, 2009

>>Kek carrot dengan Krim Keju<<

Semalam dapat tempahan Kek Carot dari cik gu sekolah anak. She tak mention pun for birthday atau for makan-makan saja, so saya pun buat simple one untuk cik gu ni.




Tuesday, August 4, 2009

da cuppiez~









>>Malaysian Food Column<<


Masak Lemak Nenas dgan Ikan Terubuk Masin


1 Biji Nenas - dibuang kulit dan dihiris nipis-nipis
1 ekor Ikan Terubuk Masin - dipotong-potong sebesar dua jari
15-20 biji Cili Api
2 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih - jgn bubuh banyak nanti tak ada bau asli ikan masin
1 1/2 biji kelapa - ambil pati santan semangkuk selebihnya ambil santan cair.
sedikit serbuk kunyit

Cara memasaknya :

1. Mesin halus Cili Api, Bawang Merah dan Bawang Putih
2. Masukkan kedalam periuk dan masukkan nenas dan serbuk kunyit.
Rebuskan dengan 1/2 cawan air sehingga air kering.
3. Masukkan santan cair dan ikan terubuk masin. Masak sebentar
sehingga ikan Terubuk masin itu masak baru masukkan pati santan.
Biar sebentar baru diangkat.