Tuesday, July 14, 2009

>> Ayam Masak Lemak Cili Api<<



MALAYSIAN FOOD COLUMN

Ini masakan kegemaran anak-anak saya. Kalau masak masakan ni kena pedas baru diaorang suka...masak Lemak ni kalau di simpan besoknya kemudian dipanaskan lagi sedap mengancam.

So siapa nak cuba memasaknya cubalah senang je...This is also for my niece Sakinah Jan(in Australia) who loves to cook and try new recipes.

AYAM MASAK LEMAK CILI API (CHICKEN LEMAK CILI API)

1 ekor Ayam (potong 16 pcs)
1/2 kg Pati Santan
20 biji Cili Api (kalau nak kurang pedas kurangkan) )
2 ulas Bawang Merah ) ditumbuk atau di blender
2 ulas Bawang Putih ) halus
1/2 inci Kunyit Hidup (boleh juga guna serbuk kunyit))
1 batang Serai
1 helai Daun Kunyit
2 biji buah Tomato ( dipotong 4)
Sedikit Kacang Buncis

CARA-CARA MEMASAKNYA>>

1. Rebus bahan-bahan yang ditumbuk atau diblender halus tadi dgn ayam,dan sedikit
air saja. Jangan bubuh air terlalu banyak kerana ayam bila dimasak akan
mengeluarkan air juga.
2. Bila sudah sedikit kering airnya, masukkan serai dan kacang buncis. Masak
sebentar baru masukkan pati santan dan kunyit.
3. Bila sudah mendidih masukkan buah tomato. Perlahankan api dan biarkan sebentar.
Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment