Berpindahnya seorang Kawan dan Jiran yang Terbaik.
Sebelum berpindah.... Ros sempat menempah kek Strawberry ini untuk anaknya Imanisa. Setelah lebih sepuluh tahun tinggal di Bandar Sg Buaya, akhirnya kawan saya ini terpaksa akur dengan keadaan......iaitu berpindah ke Kajang. Saya rasa sedih sangat kerana bagi saya Ros adalah kawan kami di masa susah dan senang. Apa saja kegiatan wanita di surau Nurul Iman , tempat tinggal saya, Ros mencurahkan begitu banyak bakti tanpa mengenal erti susah atau letih. Gelak ketawanya....usikannya....gurauannya......sekarang semuanya tinggal kenangan. Kepada Ros, semoga gembira tinggal ditempat baru dan dirumah baru......semoga Ros tak melupakan kami di Cemperaisari, Bandar Sungai Buaya, Rawang. Dan yang paling penting.....teruskan baktimu dimana saja kamu berada.
The Cuppies for Kindergarden Kids
This cuppies in the box is for the girls
This one set for all the boys






No comments:
Post a Comment